Latar belakang New Jack The Street Beat

Sebelum album ini dikeluarkan, pengurus Krash Kozz ketika itu, Mohd Firhat Ahmat bercakap dengan Teddy Riley, perintis muzik New Jack Swing (NJS) pada 23 Disember 1992 melaui panggilan telefon, yang meminta mereka untuk sebarkan kegilaan irama NJS di Malaysia.[2] Dirakamkan oleh barisan ahli baru Krash Kozz–Najee, Fawzi dan Albert, New Jack The Street Beat mengandungi 11 lagu yang diadun dengan pelbagai gaya muzik termasuk jaz, gospel, R&B, pop dan rap klasik.[1][2] Di dalam tatahan album ini, Krash Kozz telah menulis ayat "You don't have to call yourself Kumpulan Rap Unik to be the leader".[3]